Thursday, November 14, 2013

Celaru

aku bingung
bingung dengan keadaan
bingung dengan diri
bingung dengan kerjaya

makin hari makin malas
makin hari makin tidak puas
makin hari terasa ini bukan apa yang aku mahu
aku harus berhenti
berhenti dari memaksa diri

apa mungkin aku berhenti begitu sahaja
banyak yang harus disusun
banyak yang harus direncanakan
aku tidak mahu mengharu birukan hidup orang lain
aku perlu bertindak
aku perlu berhijrah..
aku tunggu keputusannya..


motif: aku rasa nak makan epal..mana??


*harus kuat!!!*

Wednesday, June 12, 2013

Yayy!!aku dah cuti!!

Assalamualaikum comang girls and lelaki sekain,

lama amat kan aku tak update blog..rasa macam edward awkward bila menaip..sori bro gua busy..tatau pulak sem akhir ni memang relax busy amat walaupun subject paling sikit amik untuk sepanjang belaja ni..biasa la busy dengan dissertation.. and now alhamdulillah tamat sudah semester 8 aku belajar..hip2 horey!!tolong doakan aku dan rakan2 LULUS dengan cemerlang ek..terima kasih (=

actually before habis belaja aku da niat aku nak bersama family kejap before kahwin kerja..ahak jadi lepas raya la kita godek2 cari calon kerja yep..now masa untuk berkhidmat kepada keluarga..tapi satu je aku lemah lagi sekarang..tidor awal bangun awal..ni asyik tak mengantuk je malam2..sampai bangun pun lambat haiyaa..bukan boleh buat apa pon..susah betul nak kembali pada kehidupan normal..apa orang lain bikin yep kalau takle tidur??nanti la aku try godek2 okeh..ahh one more thing..aku tengah cuba belajar memasak ni..excited!!!ok aku mengaku..aku bukan jenis masuk masterchef dapur..suka tengok rancangan masak2 ade la..tiap kali tu la meleleh tengok diorang masak..umpp tiap kali tu la pasang niat nak masak macam ni jugak la..tapi kan aku ade sebab kenapa tak masuk dapur..eleh nak cover pulak rasa..bagi aku bila balik nak makan masakan mak puas2..tapi tetap tak puas..sebab makanan mak masak la paling best diduniaa!!!

nanti aku share aku masak apa..beginner..biasa2 je la~hehe 
ok have fun sapa yang da merdeka!!!let's enjoy wehoo~~~

p.s: rasa awkward tak letak picture..laptop aku kena format..habis semua hilang..ade saki baki je ade T__T



Sunday, March 3, 2013

senyum kawan senyum...(=

satu pagi saya dapat msg...jangan nakal2??

apa maksud jangan nakal2??gue tau gue selalu cerita cintan kat you..ehhh u takda sapa nak dengar?serabut nya nak pikir list nama yang dapat dengar masalah negara nii..

cuba untuk berpijak dibumi yang nyata..sambil makan untuk menghilangkan  kecelaruan..ehh


tapi sebenarnya tersentuh juga...terima kasih kawan kerna masih ingat pada yang tiada apa2 ni..T__T..waiting u back..lots of stories waiting yaa~heee


Sunday, February 24, 2013

Kehilangan...

daun-daun yang berguguran membawa beribu makna....

aku dengar
dengar esakkanmu
aku biarkan
biarkan ia berlagu
aku biarkan cecair itu mengalir
aku biarkan matamu kemerahan menahan rindu

aku tahu kamu rindu dirinya
aku tahu kamu perlukan belaiannya
aku tahu kamu mahu dengar gelak tawanya
tapi itu semua tidak mungkin aku tunaikan
maaf.....

aku tak mampu menjadi seperti dirinya
aku tak mampu menjadi penggantinya
aku tak mampu menghalang apa yang telah ditakdirkan
aku tak sanggup menjadi  penderhaka

aku hanya mampu mengigatkan kamu ibumu sudah tiada
mengingatkan kamu menerima qada' dan qadar Nya
mengingatkan kamu bersedekah kepadanya
mengingatkan kamu menjadi anak yang solehah
aku hanya mampu mengingatkan kamu
itu yang aku mampu
maafkan aku


aku berharap kita mampu menjadi umat yang bertaqwa
semua yang hidup akan kembali kepadaNYA..

#AL-FATIHAH kepada saudara mara kita yang sudah kembali kepadaNYA..mari kita sedekahkan..


biarkan mereka tenang disana..mengingati tidak mengapa..sedekahkan mereka bekalan disana..



Kamu kenal aku?

bilamana kata dipertuturkan
ibarat kamu mengerti erti hidupku
ibarat kamu mencorak diriku
adakah kamu tahu tentang hidupku
apa kamu bisa hidup bersamaku
apa bisa kamu menangis bersamaku
kata hanya omongan kosong
yang datang bukan dari kewarasanmu
aku mengerti
kerna kita hanya manusia..


aku punya ketenangan..tapi aku biarkan..


kabus menyelubungi...mencari cahayaNYA


pagari diriku..agar aku tidak sesat


mungkin kamu tidak mengerti...

Saturday, February 23, 2013

Kamu-kamu

kenapa kamu
aku merayu
kenapa kamu
aku merapu

terima kasih
kerna masih bersama
walau kamu hanya membisu
tapi kita sentiasa bersama


tumpang membaca selepas aku penat..tolong yaa..(=