Sunday, February 24, 2013

Kehilangan...

daun-daun yang berguguran membawa beribu makna....

aku dengar
dengar esakkanmu
aku biarkan
biarkan ia berlagu
aku biarkan cecair itu mengalir
aku biarkan matamu kemerahan menahan rindu

aku tahu kamu rindu dirinya
aku tahu kamu perlukan belaiannya
aku tahu kamu mahu dengar gelak tawanya
tapi itu semua tidak mungkin aku tunaikan
maaf.....

aku tak mampu menjadi seperti dirinya
aku tak mampu menjadi penggantinya
aku tak mampu menghalang apa yang telah ditakdirkan
aku tak sanggup menjadi  penderhaka

aku hanya mampu mengigatkan kamu ibumu sudah tiada
mengingatkan kamu menerima qada' dan qadar Nya
mengingatkan kamu bersedekah kepadanya
mengingatkan kamu menjadi anak yang solehah
aku hanya mampu mengingatkan kamu
itu yang aku mampu
maafkan aku


aku berharap kita mampu menjadi umat yang bertaqwa
semua yang hidup akan kembali kepadaNYA..

#AL-FATIHAH kepada saudara mara kita yang sudah kembali kepadaNYA..mari kita sedekahkan..


biarkan mereka tenang disana..mengingati tidak mengapa..sedekahkan mereka bekalan disana..



Kamu kenal aku?

bilamana kata dipertuturkan
ibarat kamu mengerti erti hidupku
ibarat kamu mencorak diriku
adakah kamu tahu tentang hidupku
apa kamu bisa hidup bersamaku
apa bisa kamu menangis bersamaku
kata hanya omongan kosong
yang datang bukan dari kewarasanmu
aku mengerti
kerna kita hanya manusia..


aku punya ketenangan..tapi aku biarkan..


kabus menyelubungi...mencari cahayaNYA


pagari diriku..agar aku tidak sesat


mungkin kamu tidak mengerti...

Saturday, February 23, 2013

Kamu-kamu

kenapa kamu
aku merayu
kenapa kamu
aku merapu

terima kasih
kerna masih bersama
walau kamu hanya membisu
tapi kita sentiasa bersama


tumpang membaca selepas aku penat..tolong yaa..(=

Friday, February 15, 2013

Bukit cerakah...Shah Alam

asslamulaikum comang girls and lelaki sekain,

alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi cerita cinta..ehh hehe..disebabkan semangat untuk belajar baru2 ni aku telepas nak beli tiket..ohoii dah la tiket balik pantai timur kan cepat habis..n me tidak diberi rezeki untuk pulang ke kampung..tapi alhamdulillah tahniah kepada kawan2 yang selamat diijab qabulkan baru2 ni walaupon tanpa kehadiran teman..selamat duit aku tak yah beli hadiah menjadi suami isteri la yep..(= 

hari mula2 tu memang rasa takpe kita redho je tak dapat balik..ada hikmah..tapi hidung kembang kempis memikirkan nasib hidup diperantauan..makin nak malam makin rasa membuak2 perasaan cinta homesick datang menerjah..ohoiii siap sedih2 ghitew..makin tua dewasa ni makin sensitip la rasa..hermm

tapi jangan dilayan perasaan cinta itu..kita kena lah enjoy..nasib ada kawan yang baik hati lagi dermawan mengajak saya ke BUKIT CERAKAH...woahh sampai ditempat kejadian dalam pukul 11..bayangkan cuaca yang panas itu..tapi jangan risauu..bukit cerakah memang kaya dengan flora fauna..rasa nak pakai sun block pon boleh..banyak payung semulajadi yang takkan menyebabkan sun kiss our skin..tapi ade la certain place yg pokoknya tak banyak..terpulang~

harga untuk masuk hanya FREE RM 3 SAHAJA..n yang lain anda boleh menikmatinya tanpa bayaran kecuali rumah 4 musim FREE RM5..


banyak pokok2 yang tinggi..rasa sejuk je even tengok langit rasa woah teriknya cahaya..love it!


kalau sampai sana memang rasa nak try semuanya..banyak aktiviti yang kita boleh buat..cycling, joging, flying fox, jungle tracking and so on..n me sampai2 terus rasa nak naik basikal sebab lama amat tak naik basikal!!bila lagi nak tunjuk bakat modelling berbasikal kann..tapi kalau rasa tak mampu anda boleh naik shuttle bus yang disediakan..kita tak perlu untuk bawak basikal muda tua kita ke sini sebabnya kat situ kita boleh sewa sahaja..kalau rasa nak beli i dont know la dia kasi ke tak..harga sewaan basikal hanya RM5 sejam dan setiap jam berikutnya akan dicharge RM1..dengan jalan yang berbukit bukau mungkin anda mampu burn 10kg calories. sangat best perasaan berbasikal tu sebab dapat menimati keindahan alam dengan dekat and rasa bebas..(maybe perasaan saya sahaja)


see banyak basikal yang disediakan..hanya perlu tinggalkan ic or apa2 kad..n make sure girls dont wear sexy attire if u want to cycle..n me pon tersilap sebab pakai wedges..(tapi ok je..)


see teduhkan..no need to takut kulit jadi gelap ke..


antara aktiviti yang disediakan..sangat best..hanya mampu leleh air liur tengok..tapi saya tak sempat nak try..next time katanya..katanya~

after penat berbasikal kita berjalan pulak..berjalan ke rumah 4 musim..wehoo maybe my luck musim sekarang masih winter..and me dengan bataknya seronoknya rasa wahhh saljiii!!!memang kena..berpeluh2 berbasikal then berjalan pula tetibe masuk tempat sejuk..rasa nak lena kat situ aja..orang lain sejuk2..aku dengan kawan rasa steady je..tapi lama2 pegang ice pon tak rasa pegang apa2..

nmpak tak senyum lebar disitu..tempatnya tak lah besar sangat..hanya kecil tapi cukup la..kalau tak maintenance tinggi pulak..kang mahal pulak fee..n we r not allowed to step on that salji..hanya tengok dari deck.

antara tempat2 yang anda boleh kunjungi..rumah2 melayu, tasik, taman kaktus and many more!!!

so apa lagi kengkawan..jom kta beriadah kat sini next time ada maw??hehe n balik dari tempat tu terus sakit kaki..almaklum la pakai kasut tinggi..hanya mahu menambah ketinggian tapi merana diri..tapi my friend ajar kita rendam kaki kita dalam air panas suam lepas tu letak kaki atas dr bahagian dada..okeh me before tidur i rendam kaki then masa tidur letak labu kaki kat atas bantal..hee and alhamdulillah menjadi!!no more sakit2..bangun tidur mulakan hari baru dengan penuh bersemangat..yop kita keluar peluh!!

for more info pasal tempat ni boleh la click...comel