Thursday, November 14, 2013

Celaru

aku bingung
bingung dengan keadaan
bingung dengan diri
bingung dengan kerjaya

makin hari makin malas
makin hari makin tidak puas
makin hari terasa ini bukan apa yang aku mahu
aku harus berhenti
berhenti dari memaksa diri

apa mungkin aku berhenti begitu sahaja
banyak yang harus disusun
banyak yang harus direncanakan
aku tidak mahu mengharu birukan hidup orang lain
aku perlu bertindak
aku perlu berhijrah..
aku tunggu keputusannya..


motif: aku rasa nak makan epal..mana??


*harus kuat!!!*

Wednesday, June 12, 2013

Yayy!!aku dah cuti!!

Assalamualaikum comang girls and lelaki sekain,

lama amat kan aku tak update blog..rasa macam edward awkward bila menaip..sori bro gua busy..tatau pulak sem akhir ni memang relax busy amat walaupun subject paling sikit amik untuk sepanjang belaja ni..biasa la busy dengan dissertation.. and now alhamdulillah tamat sudah semester 8 aku belajar..hip2 horey!!tolong doakan aku dan rakan2 LULUS dengan cemerlang ek..terima kasih (=

actually before habis belaja aku da niat aku nak bersama family kejap before kahwin kerja..ahak jadi lepas raya la kita godek2 cari calon kerja yep..now masa untuk berkhidmat kepada keluarga..tapi satu je aku lemah lagi sekarang..tidor awal bangun awal..ni asyik tak mengantuk je malam2..sampai bangun pun lambat haiyaa..bukan boleh buat apa pon..susah betul nak kembali pada kehidupan normal..apa orang lain bikin yep kalau takle tidur??nanti la aku try godek2 okeh..ahh one more thing..aku tengah cuba belajar memasak ni..excited!!!ok aku mengaku..aku bukan jenis masuk masterchef dapur..suka tengok rancangan masak2 ade la..tiap kali tu la meleleh tengok diorang masak..umpp tiap kali tu la pasang niat nak masak macam ni jugak la..tapi kan aku ade sebab kenapa tak masuk dapur..eleh nak cover pulak rasa..bagi aku bila balik nak makan masakan mak puas2..tapi tetap tak puas..sebab makanan mak masak la paling best diduniaa!!!

nanti aku share aku masak apa..beginner..biasa2 je la~hehe 
ok have fun sapa yang da merdeka!!!let's enjoy wehoo~~~

p.s: rasa awkward tak letak picture..laptop aku kena format..habis semua hilang..ade saki baki je ade T__T



Sunday, March 3, 2013

senyum kawan senyum...(=

satu pagi saya dapat msg...jangan nakal2??

apa maksud jangan nakal2??gue tau gue selalu cerita cintan kat you..ehhh u takda sapa nak dengar?serabut nya nak pikir list nama yang dapat dengar masalah negara nii..

cuba untuk berpijak dibumi yang nyata..sambil makan untuk menghilangkan  kecelaruan..ehh


tapi sebenarnya tersentuh juga...terima kasih kawan kerna masih ingat pada yang tiada apa2 ni..T__T..waiting u back..lots of stories waiting yaa~heee


Sunday, February 24, 2013

Kehilangan...

daun-daun yang berguguran membawa beribu makna....

aku dengar
dengar esakkanmu
aku biarkan
biarkan ia berlagu
aku biarkan cecair itu mengalir
aku biarkan matamu kemerahan menahan rindu

aku tahu kamu rindu dirinya
aku tahu kamu perlukan belaiannya
aku tahu kamu mahu dengar gelak tawanya
tapi itu semua tidak mungkin aku tunaikan
maaf.....

aku tak mampu menjadi seperti dirinya
aku tak mampu menjadi penggantinya
aku tak mampu menghalang apa yang telah ditakdirkan
aku tak sanggup menjadi  penderhaka

aku hanya mampu mengigatkan kamu ibumu sudah tiada
mengingatkan kamu menerima qada' dan qadar Nya
mengingatkan kamu bersedekah kepadanya
mengingatkan kamu menjadi anak yang solehah
aku hanya mampu mengingatkan kamu
itu yang aku mampu
maafkan aku


aku berharap kita mampu menjadi umat yang bertaqwa
semua yang hidup akan kembali kepadaNYA..

#AL-FATIHAH kepada saudara mara kita yang sudah kembali kepadaNYA..mari kita sedekahkan..


biarkan mereka tenang disana..mengingati tidak mengapa..sedekahkan mereka bekalan disana..



Kamu kenal aku?

bilamana kata dipertuturkan
ibarat kamu mengerti erti hidupku
ibarat kamu mencorak diriku
adakah kamu tahu tentang hidupku
apa kamu bisa hidup bersamaku
apa bisa kamu menangis bersamaku
kata hanya omongan kosong
yang datang bukan dari kewarasanmu
aku mengerti
kerna kita hanya manusia..


aku punya ketenangan..tapi aku biarkan..


kabus menyelubungi...mencari cahayaNYA


pagari diriku..agar aku tidak sesat


mungkin kamu tidak mengerti...

Saturday, February 23, 2013

Kamu-kamu

kenapa kamu
aku merayu
kenapa kamu
aku merapu

terima kasih
kerna masih bersama
walau kamu hanya membisu
tapi kita sentiasa bersama


tumpang membaca selepas aku penat..tolong yaa..(=

Friday, February 15, 2013

Bukit cerakah...Shah Alam

asslamulaikum comang girls and lelaki sekain,

alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi cerita cinta..ehh hehe..disebabkan semangat untuk belajar baru2 ni aku telepas nak beli tiket..ohoii dah la tiket balik pantai timur kan cepat habis..n me tidak diberi rezeki untuk pulang ke kampung..tapi alhamdulillah tahniah kepada kawan2 yang selamat diijab qabulkan baru2 ni walaupon tanpa kehadiran teman..selamat duit aku tak yah beli hadiah menjadi suami isteri la yep..(= 

hari mula2 tu memang rasa takpe kita redho je tak dapat balik..ada hikmah..tapi hidung kembang kempis memikirkan nasib hidup diperantauan..makin nak malam makin rasa membuak2 perasaan cinta homesick datang menerjah..ohoiii siap sedih2 ghitew..makin tua dewasa ni makin sensitip la rasa..hermm

tapi jangan dilayan perasaan cinta itu..kita kena lah enjoy..nasib ada kawan yang baik hati lagi dermawan mengajak saya ke BUKIT CERAKAH...woahh sampai ditempat kejadian dalam pukul 11..bayangkan cuaca yang panas itu..tapi jangan risauu..bukit cerakah memang kaya dengan flora fauna..rasa nak pakai sun block pon boleh..banyak payung semulajadi yang takkan menyebabkan sun kiss our skin..tapi ade la certain place yg pokoknya tak banyak..terpulang~

harga untuk masuk hanya FREE RM 3 SAHAJA..n yang lain anda boleh menikmatinya tanpa bayaran kecuali rumah 4 musim FREE RM5..


banyak pokok2 yang tinggi..rasa sejuk je even tengok langit rasa woah teriknya cahaya..love it!


kalau sampai sana memang rasa nak try semuanya..banyak aktiviti yang kita boleh buat..cycling, joging, flying fox, jungle tracking and so on..n me sampai2 terus rasa nak naik basikal sebab lama amat tak naik basikal!!bila lagi nak tunjuk bakat modelling berbasikal kann..tapi kalau rasa tak mampu anda boleh naik shuttle bus yang disediakan..kita tak perlu untuk bawak basikal muda tua kita ke sini sebabnya kat situ kita boleh sewa sahaja..kalau rasa nak beli i dont know la dia kasi ke tak..harga sewaan basikal hanya RM5 sejam dan setiap jam berikutnya akan dicharge RM1..dengan jalan yang berbukit bukau mungkin anda mampu burn 10kg calories. sangat best perasaan berbasikal tu sebab dapat menimati keindahan alam dengan dekat and rasa bebas..(maybe perasaan saya sahaja)


see banyak basikal yang disediakan..hanya perlu tinggalkan ic or apa2 kad..n make sure girls dont wear sexy attire if u want to cycle..n me pon tersilap sebab pakai wedges..(tapi ok je..)


see teduhkan..no need to takut kulit jadi gelap ke..


antara aktiviti yang disediakan..sangat best..hanya mampu leleh air liur tengok..tapi saya tak sempat nak try..next time katanya..katanya~

after penat berbasikal kita berjalan pulak..berjalan ke rumah 4 musim..wehoo maybe my luck musim sekarang masih winter..and me dengan bataknya seronoknya rasa wahhh saljiii!!!memang kena..berpeluh2 berbasikal then berjalan pula tetibe masuk tempat sejuk..rasa nak lena kat situ aja..orang lain sejuk2..aku dengan kawan rasa steady je..tapi lama2 pegang ice pon tak rasa pegang apa2..

nmpak tak senyum lebar disitu..tempatnya tak lah besar sangat..hanya kecil tapi cukup la..kalau tak maintenance tinggi pulak..kang mahal pulak fee..n we r not allowed to step on that salji..hanya tengok dari deck.

antara tempat2 yang anda boleh kunjungi..rumah2 melayu, tasik, taman kaktus and many more!!!

so apa lagi kengkawan..jom kta beriadah kat sini next time ada maw??hehe n balik dari tempat tu terus sakit kaki..almaklum la pakai kasut tinggi..hanya mahu menambah ketinggian tapi merana diri..tapi my friend ajar kita rendam kaki kita dalam air panas suam lepas tu letak kaki atas dr bahagian dada..okeh me before tidur i rendam kaki then masa tidur letak labu kaki kat atas bantal..hee and alhamdulillah menjadi!!no more sakit2..bangun tidur mulakan hari baru dengan penuh bersemangat..yop kita keluar peluh!!

for more info pasal tempat ni boleh la click...comel








Sunday, December 16, 2012

the kungfu paradise

asslamualaikum comang girl and lelaki sekain...

okeh now i will introduce u one of my listed restaurant..ehem speaking pulop kan...okeh restaurant ni located at mid valley named kungfu panda paradise..memang best..makanan dia pon boleh la dikatakan affordable for us..but not really affordable..mungkin boleh masa duit tengah berkepuk2..and buleh la masa tu belanja saya yang kekembangan kekeringan ini..ehh..hehe makanan kat situ dlm range RM16-30..not bad for oreng kayo..for me woww ok tunggu nnti i kayo la..

nice to try a new menu anyway..rasa dia mula2 sedap sebab i order hamburger with curry n cream sos (paling murah if not mistakeng)..so rasa creamy n pedas2..sedap..n my fren seafood with tomato n cream sos..rasa mcm makan nasik kuah spaghetti..ok sedap jugak..nnti boleh la buat kuah spaghetti makan dgn nasi..ehhh kalau boleh dont take one sos je terutama cream je..sebab takot nnti muak..nasi n cream-cepat muak la kot saya rasa and cepat kenyang..so amik dua sos..baru mcm variety sket..jangan risau tiada charge tambahan atau tersenbunyi..so try la..hee tak salah mencuba kan..asalkan tidak lari dari jalanNYA.,.
seafood+rice+cream sos+tomato sos.....hamburger + rise +cream sos+curry sos..

Saturday, December 15, 2012

Kesayuan ini...

langit yang putih mengapa biru mendapat nama...

duhai hati mengapa begini
aku punya perasaan
tapi mengapa tidak dihiraukan
aku punya rasa
mengapa dicebikkan
aku punya akal
mengapa diperbodohkan
aku punya harga
mengapa dibuangkan

duhai diri
mengapa kamu begini
apa kehendakmu
apa kemahuanmu
mengapa perlu kamu mengikut perasaan itu
itu hanya sementara
yang datang cuma seketika
yang mendekatkan diri kepadaNya
atau kamu meranakan jiwa

duhai badan
jauhkan diri kamu
jauhkan perasaan itu
larilah sehabis mungkin untuk keluar dari belenggu sang durjana
yang datang hanya membawa petaka
agar engkau mengambil madunya
untuk dibuat bekalan dimasa mengembara
supaya kamu kenal baik dan buruknya
agar diri menjadi lebih berharga..


langit yang gelap kadang2 akan ada cahya dicelah-celahnya.





Monday, November 26, 2012

TEASER uss

my friend and i..myra
nanti saya share k..reaaly amazing!!

Sunday, September 30, 2012

Fireflies

assalamualaikum comang girls and lelaki sekain,

          it's weekend yaww...hee weekend nilah kita akan cuba untuk berehat walaupon kerja punya banyak kan (lupakan kerja kerna kerja tak pernah berkurang)..tapi jangan la pulak kita duduk terperap dalam bilik doing nothing..macam buat apa yang selalu kita selalu buat..i know laaa~bangun lambat, kemas bilik, basuh baju, makan (ni pon malas nak p cafe,instant mee is the best), nonton movie, n tidoe..hah gotcha! at least pegi la keluar..jumpa kawan, nikmati alam sekitar ke..maybe membantu bagi siapa yang macam i..cintakan alam sekitar...ahak 

         cuba sesuatu yang baru..bukan pergi shoping..bukan pergi lepak..hee let me promote you a place where you can wowww..minggu ni i pergi tengok kelip- kelip aka kunang-kunang2 with my dear friend..kunang-kunang ni terletak di  kuala selangor..u can google the location..im not good in instructing the location..yeah coz i cant transfer my gps vision into words..heee let me give u some tips..u pergi tu biarlah agak2 sampai dalam jam before 7..seorang jaga tempat yang dia bagi simbol "in/masuk" tu..n yang lain p la solat,, ada masjid dekat sebelah parking lot tu..memang besar jangan cakap tak nampak masjid tu..and jangan berlengah lepas solat tu p terus beli tiket..n there you go..dapat naik awal..if u nak awal la..satu boat rm50 n boleh naik 4 orang sahaja..kira sorang rm12.50 sahaja..dalam 15 minit dia bawak tengok kelip2 tu..ok la naik sampan kan..ahh jangan pergi masa bulan mengambang..pergi la masa gelap-gelap sikit sebab baru la namapk dengan jelas..i tersilap, bulan mengambang, n kami nampak kunang-kunang tu tapi kurang la~..so here some pictures, enjoy~


perjalan ke sana agak rural sikit..and ni la tempatnya..


the white one is the moon, the green is firefly and how it looks like..just a small creature. 


Saturday, September 29, 2012

Second hometown-Thailand

what do you think about this flag?


assalamualaikum comang girls and laki sekain,

           let me introduce you my second hometown tadaaa~heee..my father is originally coming from THAILAND..maybe from Pattani..tak berapa nak tahu sangat la susur galur belah abah sebab dia jarang nak cerita..kami keep on asking pon kadang2 dia cakap tak tahu..bila kami da besar ni kadang2 ada la jugak dia cerita sikit2.. secretive betoi my dad neh..as always..biar la gambar menceritakan semuanya..sebab kalau saya nak cerita ni tak berapa pandai nak susun ayat..bagi saya Thailand ni cmne..maybe i just melawat kampung halaman..so memang kampung..tapi jangan pandang sebelah mata..sebab thailand ada banyak pusat pelancongan yang best2..tak sabar nak merasa..tapi kena tunggu i kerja kata ma..huhuhu so marilah kita mengumpul duit banyak2 nanti..(=


nice one.sebab kereta tengah gerak cepat2 i kuakan phone and klik..snap


this and that~


their note..this might equal to RM10


along the journey to my village


love the sky..i wish i could fly


cat at my aunt's house..tuan putih sampai kucing pon nak puth..hehe

Friday, September 28, 2012

Just another day

always
at Port Dickson
gambar yang sangat random dan perbuatan yang sangat random..

Colorless picture Raya 2012

my beloved family on hari raya 2012-(no-adik bongsu,abang,akak ipar,anak sedara)


my sister and me- second hari raya


semua muka excited..heee yg lebih2 tu aku la

Friday, June 15, 2012

Pencetus idea manusia terbang?

assalamualaikum omang girls and laki sekain,

            maybe it's common for all of you..but it's my first time dapat tempat duduk sebelah tingkap..and sebelah sayap..as always..i will make sure i enjoy the view..i see how the sayap move and function..n make me proud of the first inventors of this iron bird..have a clap to Orville and Wilbur Wright (wright brothers)..0n  17 December 1903 tercetusla orang naik kapal terbang kann..tapi pernah tak kita dengar orang pertama yg mencetus idea untuk mncipta manusia terbang ni sebenarnya orang islam??


          ABBAS IBN FIRNAS..he was the first inventor for this flying thing in 875..tapi satu je kekurangan dia..he dont really prepared for the landing caused him injured his back..such a waste kan..seyesly i only know the wright brothers invent this iron bird masa kat sekolah dulu..never cross my mind ISLAM have a great inventor like him..maybe masih banyak lagi Muslim yang mencipta pelbagai jenis benda tapi macam biasa la orang lain dapat nama..kalau kita cari balik susur galur ni..mesti ada kaitan dengan Islam..proud to be Muslim..always and forever..

so nice to see the view from the above
keep me higher!!!




Sunday, June 3, 2012

Tuesday, May 1, 2012

Burger kawkaw aka burger bakar

assalamualaikum comang girls and lelaki sekain..

         burger kaw2 ataupon lebih dikenali as burger bakar ni macam makin hari makin orang dok tanya kan best ke tidak?aku pon punyai perasaan yang sama..just located at wangsa maju seksyen 2..dekat dengan jambatan..boleh kata dekat je dengan tempat aku..tapi disebabkan bz bekeja..paham2 la kan..aku ada rezeki try lepas hampir 2 kali lalu tengok ramai orang then decide chow la..kali ke-3!!akhirnya...i got one!! =)

         dalam kol 8.15p.m. beratur sampai la kol 9.40p.m..fuhh..memerlukan kesabaran yang tinggi..n kalau boleh nak pegi beli tu jangan la dalam keadaan yang lapar..makan la something else dulu sikit..lama jugak la..ok we stat from the beginning..sampai tu terus beratur..then akan ada orang bagi you number..masa tu my lucky number was 78..mase tu aku dok dengar dia dok panggil number 30 something..herm ni bukan satu number satu order tau..dalam satu number paling kurang pon 3 order la kot..that's why la dekat sejam lebih aku tunggu..before u buat order please jangan lari dari tempat beratur anda..then after dia da take your order, bole la nak p lepak2 tengok wayang dulu ke kat klcc..ehh?hahha so...there you go~

beef burger + cheese + kepingan daging= rm11.50 (ala carte) p.s-alang2 beratur panjang try yang mahal seket kan..


Front view..heee burger daging yang dibakar itu amat tebal ye adik kakok..so cheezy yaww


can u see the lapisan?hee berbaloi dari segi harga..tapi dari segi masa...entahlah..

Sunday, April 29, 2012

Berubah= less friends?


Assalamualaikum gadis comang and lelaki sekain..

          Kali ni terdetik dihati ini untuk berkongsi serba sedikit kisah aku..so scaryy..but not really..heee so which one do you prefer??ok let's begin..dalam hidup ini bagi aku kalau kita mahukan kebaikan dan keikhlasan perlulah mengikut landasan yang betul..fahamkah kita apakah landasan yang betul??aku hidup ada kawan ada family ikot amar makruf kadang2 nahi mungkar..bukan dilandasan yang betul lagi ke??why do i state kadang2??sebab kadang2 diri ini rasa rendah diri untuk menegur kerna terasa dosa2 dulu menghantui hidup aku..jijik!


everyone is a sinner right?try to be different..


        tak perlu la aku menyebarkan bagaimana hidup aku dimasa lampau..biarlah itu rahsia aku dengan Allah and dengan orang yang kenal aku..untuk membuat keputusan untuk berubah dari gaya hidup begini jadi begitu memang amat susah..yeah tapi tak semestinya kita tidak punya kekuatan untuk cuba mengatasinya..Allah kurniakan kita akal untuk kita berfikir..untuk kita memilih jalan yang terbaik..tapi kadang2 untuk membuat silap tidak mengapa..kerna itu mengajar kita tentang kehidupan..

         kebanyakan kita akan berfikir diusia muda nilah aku perlu merasa semua nikmat dunia..yeah termasuk aku..tapi aku tak pernah putus asa untuk berdoa supaya Allah kurniakan aku hidayah..aku sedar diri aku melakukan kesilapan..kadang2 Allah bagi aku rasa bersalah terhadap kelakuan aku..tapi aku cuba tepis..masih tidak mahu berubah..sampai satu tahap dimana aku rasa hilang..hilang dimana mengajar aku untuk bergerak kehadapan sikit demi sedikit..tapi sebelum2 itu ada peringkatnya juga..tapi bijak!amat bijak..Allah datangkan aku pelbagai jenis manusia untuk mengajar aku menutup aurat yang kadang2 diri ini alpa untuk melakukannnya..Allah datangkan aku kawan yang mengajar diri ini menghargai..pelbagai jenis manusia..yeah aku bersyukur dipertemukan dengan kalian..(asal aku rasa ayat aku macam lain?)


jangan bersedih bila semuanya hilang..


         usah takut bila diri disisihkan..kerna kita masih punya DIRINYA..DIALAH kawan yang sejati..yang patut kita dekati dan meminta..diri ini terdetik bila melihat wardina saffiyah berbicara dalam...alamak lupa la..yang masa ramadhan tu..dia cakap bila kita mahu berubah jadi baik ALLAH datangkan kita ramai kawan2 yang akan mendekati kita kearah kebaikan..yeah aku amat akui akan kebenarannya..tapi jangan pula lupa..perlulah kita benar2 memilih kawan..yeah i'm quite picky about friends..

        jadi kawan2..jika mahu berubah teruskan niat anda..niat itu adalah satu permulaan..jangan pernah putus asa..dan yang penting janganlah kerna sesiapa..jika kerna seseorang i'm quite afraid jika kamu kecewa dengan orang itu perangai kamu akan jadi lebih buruk dari sebelumnya..perlahan2 tidak mengapa..asalkan ikhlas niatnya kerna Allah..and mesti kadang2 rasa malu kan..malu untuk berubah..tidak mengapa..perlahan2..dan istiqomah..

cubalah untuk berdamping dengan orang yang dekat pada Allah..insyalah kamu akan terkena tempiasnya..


         aku pon sedang cuba untuk perbetulkan diri aku..aku masih banyak khilafnya..kadang2 kembali kepada kisah lama..tapi cuba untuk mengatasinya..Insyalah moge kita menjadi khalifah yang baik dimuka bumi ini..meminta tanpa berusaha itu cuba elakkan..=)